Jawatan Kosong
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan
Permohonan
adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi
jawatan-jawatan berikut:
1. Penolong Pegawai Pertanian
2. Penolong Pegawai Tanah
3. Renjer Hutan
4. Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha
Pejabat
5. Pelukis Pelan
6. Pembantu Tadbir (Kewangan)
7. Pengawas Hutan
Cara Memohon:
i. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai
syarat lantikan, taraf jawatan dan lain-lain lagi, sila layari Portal Rasmi Suruhanjaya
Perkhidmatan Negeri Kelantan : www.spn.kelantan.gov.my
ii. Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang
SPN KN. 1 yang boleh didapati di pejabat ini dengan harga RM1.00. Sila hantarkan permohonan anda ke alamat
berikut:-
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan
Tingkat Bawah, Blok 6 Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu.
Tarikh Tutup
Permohonan : Sebelum
atau pada 09 September 2012
Umur :
§ Calon-calon
lantikan terus tidak kurang dari 18 tahun.
§ Pegawai
yang sedang berkhidmat hendaklah kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Am :
i. Pegawai-pegawai Kerajaan yang berkhidmat
hendaklah mengemukakan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan
masing-masing mengikut Peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2009 dan pastikan
dihantar bersama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan
Nilaian Prestasi 2011. Borang permohonan yang dikemukakan tanpa Kenyataan
Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi akan ditolak.
ii. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan
sekeping gambar berukuran Paspot, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran,
Ijazah, Diploma dan Sijil-sijil
Persekolahan atau Dokumen /testimonial yang berkaitan.
iii. Permohonan yang lewat atau tidak menurut
peraturan di atas tidak akan dilayan.
iv. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan
sahaja akan dipanggil temuduga.
v. Sebarang pemberitahuan mengenai urusan
seterusnya termasuk temuduga akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas
(SMS) dan Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan. Tiada Surat
akan dihantar.
vi. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan
selepas 6 bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap
permohonannya tidak berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan