Jawatan Kosong Di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:
Jawatan
1. Penolong Akauntan ( W36 )
2. Penolong Akauntan ( W32 )
3. Pembantu Teknik (J29)
4. Pembantu Ehwal Ekonomi (E17)
[IKLAN LENGKAP]
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan ‘Borang Permohonan Pekerjaan’ yang boleh didapati di laman web LPP mulai (30 Jun 2010 Rabu) dan disertakan salinan sijil-sijil akademik/transkrip, kad pengenalan (yang disahkan), penama untuk rujukan serta sekeping gambar berukuran passport dan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas penjuru kiri sampul surat.Permohonan dihantar terus kepada:
KETUA PENGARAH
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
BLOK C UTARA, PUSAT BANDAR DAMANSARA
KARUNG BERKUNCI 11005
50990 KUALA LUMPUR
(u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan)
Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan jabatan dan agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing selaras dengan peruntukan perkara peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penempatan Perkhidmatan) 2005. Hanya calon yang berjaya dalam tapisan senarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan yang TIDAK DIHUBUNGI dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Julai 2010 (Rabu)
.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan