.

Isnin, 27 Jun 2011

Iklan Jawatan Kosong Di ASWARA

Iklan Jawatan Kosong Di ASWARA

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) adalah sebuah institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK). ASWARA memerlukan kumpulan baru yang terdiri daripada individu yang dinamik, kreatif, inovatif, bermotivasi tinggi untuk bekerja dengan semangat berpasukan dan meminati serta menghargai bidang seni budaya dan warisan bagi merealisasikan misi dan visi penubuhan ASWARA

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan mempunyai tahap keyakinan serta berintegriti tinggi, bersedia menghadapi cabaran untuk menyertai dunia pendidikan seni budaya dan warisan adalah dialu-alukan untuk mengisi jawatan berikut :-

Juruteknik Komputer F17

[SYARAT KELAYAKAN]
[BORANG PERMOHONAN]

Cara Memohon

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperoleh dengan memuat turun borang tersebut di laman Web ASWARA iaitu www.aswara.edu.my
b) Permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan bersama-sama sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan, resume dan dokumen-dokumen sokongan dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.
c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 40.5sm x 30.5sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendak ditulis nama jawatan dipohon.
d) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau pada 30 JUN 2011.

Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Teknologi Maklumat)
Tel : 03-2697 1777 / 03-2697 1194 / 5448 / 1163


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan