Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dengan ini mempelawa WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dan berdaya saing untuk mengisi kekosongan jawatan berkaitan seperti berikut:
1. Pensyarah
2. Pengajar Klinikal
3. Pegawai Penyelidik
4. Pegawai Sistem Maklumat
5. Pegawai Rundingcara / Kaunselor
6. Pustakawan
7. Penolong Jurutera (Mekanikal/ Sivil/ Penyelenggaraan Bangunan)
8. Juruteknik (Ukur Bahan)
9. Pelukis Pelan
10. Juruteknik Komputer
11. Pengawal Keselamatan
12. Pemandu (Kenderaan Bermotor)
13. Pembantu Am Rendah/ Pembantu Am Pejabat
Cara Memohon
- Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang disediakan.
- Pemohon yang telah memohon lebih daripada tiga (3) kali dalam tempoh 3 tahun tidak digalakkan memohon.
- Sila catatkan nama jawatan, bidang pengkhususan/sesi pengambilan (akademik sahaja) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
- Bagi kakitangan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang berminat untuk memohon, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing. Sebarang permohonan yang tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.
- Permohonan yang tidak mencatatkan jawatan yang dipohon atau bidang pengkhususan serta dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 12 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
- Sila kemukakan permohonan kepada :-
Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
[SYARAT LANTIKAN]
[BORANG PERMOHONAN]
Tarikh Tutup Permohonan: 7 Ogos - 14 Ogos 2011
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan