.

Isnin, 30 April 2012

Panduan Menghadiri Karnival Pekerjaan

Panduan Menghadiri Karnival Pekerjaan

Apa Perlu Dilakukan

·                Daftarkan diri di tempat pendaftaran.
·                Dapatkan senarai majikan yang hadir di Karnival Pekerjaan tersebut.
·                Dapatkan pelan tapak Karnival dan pastikan di mana kedudukan setiap majikan yang tuan/puan akan kunjungi.
·                Bawa sijil asal dan alat tulis yang sesuai
·                Bawalah salinan resume yang secukupnya. Kalau boleh sediakan berbagai versi resume anda sekiranya mencari berbagai jenis jawatan.

Pakaian

·                Berpakaianlah secara profesional.
    • Baju Kemeja/ Slack [lelaki]
    • Baju yang sesuai [perempuan]
    • Pakai kasut yang sesuai dan selesa
    • Jangan pakai T-Shirts
    • Jangan pakai jeans
    • Jangan mengenakan fesyen rambut/ cermin mata yang terlalu terkini

Strategi

·                Sediakan strategi bagi memaksimumkan masa tuan/puan di acara ini. Jangan habiskan masa bersama majikan yang tidak menjadi pilihan anda.

·                Jangan abaikan majikan yang mengadakan pengambilan bagi jawatan yang di luar bidang anda; ambil masa untuk ‘network’ (berkenalan) dengan pegawai mereka dan cuba dapatkan nama bagi Pengurus yang membuat pengambilan.

·                Cuba lakukan penyelidikan asas bagi setiap majikan yang anda harap untuk bertemuduga pada masa Karnival Pekerjaan Pekerjaan itu. Soalan yang biasa ditanya semasa temuduga di tempat ini oleh pegawai penemuduga ialah “Kenapa anda ingin bekerja dengan syarikat kami”.

·                Jangan hanya meninggalkan resume anda di meja Syarikat dan terus berlalu.

·                Cuba sediakan ‘iklan’ pendek yang memberi fokus kepada kekuatan yang anda miliki dan boleh disumbangkan kepada bakal majikan. Bersedialah untuk soalan-soalan temuduga yang biasa ditanya.

·                Jangan rasa takut atau terancam oleh kehadiran penemuduga, mereka di sana untuk melakukan kerja mereka; ia itu untuk berjumpa dan menapis bakal pekerja mereka.

·                Bersedialah untuk menceritakan tentang pengalaman kerja, kemahiran dan kebolehan. Bagi yang baru lepas belajar, sediakan jawapan bagi soalan tentang CGPA anda. (Gunakan CGPA, major, kursus, tempat belajar yang dapat menunjukkan kekuatan anda)

·                Cuba sediakan soalan yang sesuai ditanya untuk setiap majikan, tetapi jangan tanya soalan yang sepatutnya diketahui umum seperti “Apakah yang Syarikat Tuan lakukan”.

·                Cuba sebutkan nama penemuduga beberapa kali semasa perbualan anda dengan mereka, walaupun terpaksa menjeling kepada ‘name tag’ nya. Kalau boleh cuba juga dapatkan ‘business card’ (sekurang-kurang nya ‘contact information’) dari setiap majikan.

·                Hindari sebarang kebiasaan yang tidak baik seperti bermain-main dengan rambut, mengunyah ‘chewing gum’, menggelisah, memegang hidung, dll.

·                Cuba ingatkan segala kunci kepada kejayaan temuduga. Ini termasuklah genggaman semasa berjabat tangan, senyuman yang mesra, ‘eye contact’ dan suara yang bertenaga.

·                Cuba hindari dari menggunakan perkataan seperti ‘um’, ‘aa’, dll.

·                Cuba ambil kesempatan masa yang anda peroleh untuk membina ‘rapport’ (hubungan) dengan setiap majikan, tetapi jangan memonopoli masa mereka.

·                Jangan sesekali pergi ke ‘booth’ majikan dan mencelah temuduga orang lain; tunggu giliran anda dan cuba bersopan.

·                Jangan bazirkan peluang untuk ‘network’, bukan sahaja kepada majikan, tetapi juga kepada sesama pencari kerja dan juga pengunjung yang datang ke Karnival Pekerjaan itu.

·                Jangan sebutkan apa-apa perkara yang negatif tentang kolej atau jawatan, syarikat atau penyelia anda yang lepas.

·                Cuba tanyakan tentang proses pengambilan bagi setiap syarikat, tetapi jangan tanya terlalu banyak soalan tentang gaji, cuti atau ganjaran-ganjaran lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan