Jawatan
Kosong Di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang
terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan
bermotivasi untuk menyertai kami.
Jawatan :
Penolong
Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat)
Gred 31
- Kontrak (5 Kekosongan)
Kelayakan
Memiliki diploma dalam bidang Sains Komputer
atau Teknologi Maklumat atau Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf
oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya;
Dan
Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA)
sekurangkurangnya 2.70 dan ke atas bagi diploma yang berkenaan.
Dan
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu
(termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Semua
pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18
tahun pada tarikh tutup permohonan.
Kriteria
Yang Diperlukan
• Sihat
tubuh badan dan bebas daripada penyakit kronik.
• Berdaya
saing, asertif, pemikiran kritis, dinamik serta matang.
• Bertanggungjawab,
proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik.
• Kebolehan
bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris. Berkemahiran dalam bahasa etnik seperti Mandarin,
Tamil dan bahasa lain adalah satu kelebihan.
• Aktif
dalam kegiatan luar terutama dalam bidang sukan, seni mempertahankan diri dan
pasukan beruniform.
Skim
Gaji Jawatan
RM2,198.00 – RM7,065.00
Cara
Memohon
Permohonan dari calon-calon luar LHDNM
(termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat melalui
Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my
Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke
LHDNM.
Maklumat
Temu Duga
Nama calon-calon yang berjaya dipanggil
menghadiri temu duga akan dimaklumkan melalui dua kaedah iaitu:-
• Paparan di Laman Web Rasmi
LHDNM (ruangan “Kerjaya”); dan
• Melalui Surat
Pemohon juga dinasihatkan sentiasa menyemak
Laman Web Rasmi LHDNM untuk mengetahui sebarang perkembangan maklumat terkini
berhubung tawaran jawatan berkenaan.
Tarikh
Tutup Permohonan : 31 Oktober 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan