.

Isnin, 31 Disember 2012

Pengambilan Perajurit Muda TLDM

Pengambilan Perajurit Muda TLDM

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia tanahair untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah (Lain-Lain Pangkat) lelaki di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.


1.      Kelayakan Akademik

a.     Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

b.     Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2.      Lain-Lain Kelayakan

a.     Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 22 Apr 2013.

b.     Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

c.     Berat  badan  minima  49  kg  ketinggian  sekurang-kurangnya  1.62  meter

Body Mass Index (BMI) di antara 19 26.9.

Cara pengiraan:

BMI :
(Berat/kg)
(Tinggi/meter)2

d.     Ukuran dada minima 76 sm.

e.     Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak kabur warna.

f.     Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi, pemeriksaan fizikal dan ujian fizikal. Kecermerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

3.      Sijil Dan Dokumen

a.     Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang ASAL.

•      Kad Pengenalan (MY Kad).
•      Sijil Kerakyatan Malaysia (jika ada).
•      Sijil Kelahiran Pemohon.
•      Penyata/Sijil PMR/SPM/SPMV/SKM.
•      Sijil Berhenti Sekolah (tamat tingkatan 5).
•      Sijil Penglibatan Sukan/Persatuan.
•      Sijil Akademik lain.

b.     Pemohon juga dikehendaki membawa bersama sekeping gambar terbaru berukuran pasport (gambar tidak akan dikembalikan), sampul surat berukuran 16 sm x 23 sm bersetem RM1.00 beralamat sendiri dan alat tulis lengkap (pen hitam).



c.     Kepada pemegang Kad Pengenalan Sementara, kemasukan untuk menyertai perkhidmatan ATM ditangguhkan sehingga pemohon memiliki MY Kad.

4.      Pusat Pemilihan

Sila hadir di pusat pemilihan yang tercatat seperti di Jadual Pemilihan. Waktu pendaftaran dibuka mulai pada jam 0830 pagi hingga 1000 pagi, permohonan tidak akan diterima selepas tamat waktu pendaftaran. Pemohon dikehendaki berpakaian sukan, baju ‘T’ berkolar, seluar panjang sukan, berkasut sukan dan berstokin.


SIRI
(a)
TARIKH
(b)
HARI
(c)
TEMPAT
(d)
PUSAT PEMILIHAN
(e)
PEMOHON
( f )
1
22-Jan-13
Selasa
Temerloh, Pahang
Sek  Men Keb Abu Bakar
Lelaki
2
24-Jan-13
Khamis
Kuala Terengganu, Terengganu
Sek  Men Tengku Bariah
Lelaki
3
26-Jan-13
Sabtu
Bachok, Kelantan
S.M.K. Dato Perdana
Lelaki
4
27-Jan-13
Ahad
Bachok, Kelantan
S.M.K. Dato Perdana
Lelaki


Gaji Dan Elaun Anggota Peringkat Rendah
Pangkat
Peringkat Gaji (RM)
Elaun Khidmat (RM)
Elaun Khas Khidmat (RM)
Elaun Perumahan (RM)
Semenan-jung
Sabah
Sarawak
Perajurit Muda
928.84
95
200
230
-
-
Laskar Muda
1004.80-2671.55
115
200
275
435
330
Laskar Kelas II
1004.80-2671.55
115
200
275
435
330
Laskar Kelas I
1328.52-2966.74
115
200
275
435
330
Laskar Kanan
1394.95-3416.52
115
200
275
435
330
Bintara Muda
1711.07-3715.18
115
200
275
435
330
Bintara Kanan
2104.56-3921.68
115
200
275
435
330
Pegawai Waran II
2312.44-4073.61
115
200
300
480
360
Pegawai Waran I
2603.11-4270.01
115
200
300
480
360

Tiada ulasan:

Catat Ulasan