Skim
Latihan 1Malaysia (SL1M)
• Program Skim Latihan
1Malaysia (SL1M) adalah program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran
(employability) atau keupayaan gaduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M
sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
• Tempoh pelaksanaan program
SL1M adalah minimum 8 bulan dan maksimum selama 1 tahun.
• Peserta program akan
menerima elaun sekurang-kurangnya RM1,000 (minimum) dan elaun akan dibayar
terus kepada peserta oleh syarikat-syarikat yang terlibat sepanjang tempoh
latihan.
Kelayakan
Peserta Program
• Graduan mestilah warganegara Malaysia dan
tiada had umur yang ditetapkan untuk penyertaan SL1M 2012. Terdapat 3 kriteria
asas penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan peserta iaitu:
- Graduan dengan kelulusan minimum Ijazah
Sarjana Muda dari Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara;
- Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6
bulan bergraduat atau 6 bulan selepas menerima transkrip peperiksaan; dan
- Graduan yang telah bekerja tetapi tidak
setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima (underemployed).
Struktur
Latihan – Soft Skill Straining & On-Job-Training
• Peserta perlu menjalani
sekurang-kurangnya 2 bulan soft skills training dan 6 bulan on-job-training di
setiap syarikat yang terlibat. Peserta akan dibantu oleh syarikat untuk
mendapatkan pekerjaan sebelum program berakhir.
• Terdapat 5 komponen utama
yang perlu diberi penekanan untuk meningkatkan tahap kecekapan dan daya saing
yang tinggi di kalangan gradúan serta menjadi pekerja yang lebih kompeten dan
berkeyakinan iaitu:
1. Communication;
2. Creative & Analytical
Thinking;
3. Organisational Adaptability;
4. Value Driven Professional;
and
5. Grooming & Etiquette.
SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT
TENTANG SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) BOLEH HADIR KE TEMPAT DAN MASA SEPERTI
BERIKUT :-
Tarikh
|
:
|
15 Disember
2012 (Sabtu)
|
Masa
|
:
|
10:00 Pagi
|
Tempat
|
:
|
Dewan
Konvensyen,
Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu, Kelantan |
Taklimat SL1M Kepada Majikan
Dan Peserta Employability Dan Para Graduan akan disampaikan Oleh: YBrs Pn.
Hjh. Norashikin Bt. Datuk Hj. Ismail, Ketua Sekretariat Skim Latihan 1
Malaysia (SL1M), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
|
saya pemegang diploma.layak ke menyertai.,bt msa sekarang saya kerja IBS installer..
BalasPadam