Kekosongan Jawatan Di Lembaga Pertubuhan
Peladang (LPP)
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani Malaysia yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di
seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18
tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan
serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan
berikut:
Bil
|
Jawatan
|
Gred
|
1
|
Jurutera
|
J41
|
2
|
Pegawai Undang-Undang
|
L41
|
3
|
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
|
F29
|
4
|
Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi
|
N17
|
5
|
Pembantu Tadbir Kesetiausahaan
|
(N17)
|
6
|
Pembantu Akauntan
|
W17
|
7
|
Pembantu Ehwal Ekonomi
|
E17
|
8
|
Penjaga Jentera Elektrik
|
R17
|
Cara Memohon:
(i) Bagi
Calon-Calon Luar LPP
(a) Permohonan
dari calon-calon luar LPP (termasuk yang sedang berkhidmat dengan kerajaan)
hendaklah dibuat melalui laman web Jobs Malaysia (Kementerian Sumber Manusia)
di http://www.jobsmalaysia.gov.my
(b) Semua
permohonan tidak perlu dicetak/dipos ke Lembaga Pertubuhan Peladang.
(ii) Bagi
Anggota Lantikan LPP
Permohonan dari kalangan “staff” LPP hendaklah menggunakan ‘Borang
Permohonan Pekerjaan’ yang boleh didapati di laman web LPP
(http://www.lpp.gov.my) dan disertakan salinan sijil-sijil akademik/transkrip,
kad pengenalan (yang disahkan), penama untuk rujukan serta sekeping gambar
berukuran passport dan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas
penjuru kiri sampul surat. Pemohon tidak perlu mendaftar di laman web
JobsMalaysia.
Tarikh
Iklan : 15
Januari 2013 (Selasa)
Tarikh Tutup
Permohonan : 02 Februari 2013 (Sabtu)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan