.

Rabu, 22 Januari 2014

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Kelantan

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Kelantan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :

Bil
Jawatan
Gred
No. Fail
1
Pegawai Hal Ehwal Islam
S41
SPN.KN: 54/JLD.4(26)
2
Penolong Akauntan
W27
SPN.KN: 9296/(69)
3
Penggawa
NP27
SPN.KN: 69/JLD.4/(71)
4
Juruteknik Komputer
FT17
SPN.KN: 454-002/(22)
5
Pembantu Pembangunan Masyarakat
S17
SPN.KN: 62/2/(79)
6
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
N17
SPN.KN: 76/JLD.21/(2)
7
Pengawal Keselamatan
KP11
SPN.KN: 81/JLD.4/(13)


Cara Memohon :

Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SEPENUHNYA SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) menggunakan Sistem Permohonan Jawatan, eSPN Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan dengan melayari alamat http://espn.kelantan.gov.my

Permohonan dikehendaki mendaftar sebagai pengguna sistem terlebih dahulu sebelum melengkapkan borang online SPN. KN. 1 - Pin 1/2013.

Umur :
1.     Calon-calon lantikan adalah tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2.     Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan.

Am :
1.     Penggunaan borang manual SPN. KN. 1 - Pin 2/2005 TIDAK LAGI digunapakai untuk permohonan jawatan ini.
2.     Permohonan yang tidak menggunakan Sistem eSPN akan DITOLAK.
3.     Bagi pemohon daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlulah mengisi secara online menggunakan Sistem eSPN dengan mengisi maklumat tambahan di bahagian Sedang Berkhidmat/PSL dan mengemukakan Pengesahan Ketua Jabatan (Lampiran A), Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan (Lampiran D), salinan Laporan Penilaian Prestasi tahun terakhir dan salinan Kenyataa Perkhidmatan yang dikemaskini. Sila muat turun Lampiran A danL ampiran D di Sistem eSPN.
4.     Dokumen-dokumen dan salinan sijil hanya perlu dihantar setelah diminta oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan.
5.     Sebarang pemberitahuan mengenai urusan seterusnya termasuk temuduga akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS), emel dan Sistem eSPN Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan. Tiada surat akan dihantar.
6.     Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Tarikh Tutup Permohonan :

Permohonan hendaklah dihantar melalui Sistem eSPN sebelum atau pada 30hb Januari 2014


Tiada ulasan:

Catat Ulasan