.

Rabu, 19 Februari 2014

Iklan Kekosongan Jawatan Kontrak Di PTPN

Iklan Kekosongan Jawatan Bertaraf Kontrak
Di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur kurang daripada 45 tahun pada 31 Disember 2014 untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan bertaraf kontrak seperti berikut :

Bil
Jawatan
Gred
Penempatan
1.
Penolong Pegawai Tadbir
Gred N27
Ibu pejabat PTPTN (Kuala Lumpur) / Pejabat PTPTN di Selangor, Perak, Johor, Pulau Pinang, Pahang, Sabah dan Sarawak

2.
Penolong Akauntan
Gred W27
Ibu pejabat PTPTN (Kuala Lumpur) sahaja

3.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)
Gred N17
Ibu pejabat PTPTN (Kuala Lumpur) / Pejabat PTPTN di Sabah dan Sarawak

4.
Pembantu Akauntan
Gred W17
Ibu pejabat PTPTN (Kuala Lumpur) sahaja



Cara Memohon

i.      Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web PTPTN, www.ptptn.gov.my sebelum atau pada 24 Februari 2014.
ii.     Calon hanya dibenarkan memohon satu (1) jawatan sahaja.
iii.     Keputusan calon yang melepasi tapisan pemilihan akan dimaklumkan melalui laman web PTPTN manakala calon yang berjaya untuk sesi temuduga akan dihubungi melalui emel bagi makluman tarikh menghadiri temuduga serta penyediaan dokumen-dokumen sokongan yang perlu.

Permohonan Yang Ditolak

Permohonan yang berikut akan ditolak :
i.      Tidak memenuhi syarat lantikan yang telah ditetapkan; dan
ii.     Maklumat yang dinyatakan dalam borang permohonan jawatan online tidak Iengkap atau meragukan.

Tarikh Tutup Permohonan : 24 Februari 2014



1 ulasan: