Kekosongan Jawatan Penyelia Sistem (S2) Di
Air Kelantan Sdn Bhd
Air Kelantan Sdn Bhd adalah sebuah syarikat
milik penuh kerajaan negeri yang menyediakan perkhidmatan air yang efektif di
seluruh Kelantan, ingin mengalu-alukan calon yang berminat bagi mengisi
kekosongan jawatan berikut :-
Nama Jawatan : Penyelia Sistem (S2)
Kelayakan :
• Calon mestilah mempunyai
sekurang-kurangnya Diploma Sains Komputer atau setaraf denganya dalam
pengkhususan “Software Development atau Software Engineering”.
• Mahir dalam penggunaan
aplikasi Msoffice, bahasa Programming PHP, Java, Ms Access, Visual Basic.
• Sekurang-kurangnya 2 tahun
pengalaman dalam mengendalikan pengkalan data Oracle (jika ada), dan MS-Access,
Visual Basic, SQL, MySql database.
• Biasa membangun dan
mengendalikan Aplikasi Web.
• 2 tahun pengalaman kerja
dengan syarikat komputer amatlah dialu-alaukan.
• Pengalaman dalam Networking
seperti (LAN,WAN,VPN, Internet connection, Router, Web Server, dan Antivirus
adalah satu kelebihan.
• Pemohon mesti mempunyai
lesen memandu.
• Pemohon mestilah sanggup
menjalankan tugas diluar jajahan Kota Bharu, termasuk Gua Musang.
Tanggungjawab:
• Bertanggung jawab dalam
pembangunan sistem baru , memberi khidmat penyelengaraan kepada pengguna
sistem.
• Memberi latihan dan
memasang (install) sistem yang telah dibangunkan.
• Menyediakan dokumentasi
sistem baru seperti Technical Manual, User Manual (Manual Pengguna).
• Menyelengarakan perkakasan
computer PC, printer,HandHeld Terminal (untuk bacaan meter air) dan Hand Held
Printer (untuk cetak bil air).
• Mengendali masalah
berkaitan Spot Meter Reading System (SMRS) dan Route Manager Application (RMA)
Sistem, seperti muatnaik data bacaan kedalam server Billing dan muat-turun data
untuk bacaan meter.
• Kemaskini data kutipan
hasil air dari pejabat jajahan kedalam server Billing.
• Memastikan Laman Web AKSB
berjalan lancar seperti yang diperlukan oleh syarikat.
• Mengendalikan Sistem Log
Komputer dan mengawasi tindakan yang diambil.
• Melaksanakan proses backup
harian bagi semua sistem di AKSB.
Cara Memohon :
1. Calon-calon yang berminat
hendaklah mengisi borang permohonan jawatan kosong dengan lengkap termasuk
resume (latarbelakang peribadi, pendidikan, pengalaman dan latihan) yang boleh
didapati melalui laman sesawang www.airkelantan.com.my
2. Permohonan hendaklah sampai
ke Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran sebelum 30 April 2014.
Jabatan Sumber Manusia
& Pentadbiran
Air Kelantan Sdn Bhd
Tingkat 3, Bangunan Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Lot 2 & 257, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu
Telefon : 09-7437777
Email : psm@airkelantan.com.my
3. Borang permohonan boleh didapati melalui
laman web kami http://airkelantan.com.my/wp-content/uploads/2011/09/054_borang-kerja1.pdf
4. *Hanya calon yang
disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan