Jawatan Kosong Di Lembaga Hasil Dalam
Negeri Malaysia
Organisasi pemungut cukai yang terulung sedang
mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk
menyertai mereka.
Jawatan
Bil
|
Jawatan
|
Gred
|
Kekosongan
|
1.
|
A1 – Pegawai Eksekutif (Perundangan)
|
Gred 48 Kontrak
|
4 Kekosongan (Semenanjung Malaysia)
|
2.
|
A2 – Pegawai Eksekutif (Perundangan)
|
Gred 41 Kontrak
|
17 Kekosongan (Semenanjung Malaysia, Sabah
& Sarawak)
|
3.
|
B1 – Penolong Pegawai Eksekutif
(Perundangan)
|
Gred 31 Kontrak
|
5 Kekosongan (Semenanjung Malaysia &
Sabah)
|
4.
|
B2 – Penolong Pegawai Eksekutif (Penaksiran)
|
Gred 31 Kontrak
|
51 Kekosongan (Semenanjung Malaysia, Sabah
& Sarawak)
|
Cara Memohon
*Permohonan Jawatan A1 Sahaja
a. Permohonan hendaklah dibuat
secara manual melalui Borang Permohonan Pekerjaan Lembaga Hasil Dalam Negeri
Malaysia (LHDNM).
b. Borang permohonan boleh
diperoleh melalui laman web LHDNM di alamat http://www.hasil.gov.my di ruangan
KERJAYA, klik pada Borang Permohonan Pekerjaan. Borang permohonan hendaklah
disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
• Sekeping gambar terbaru
berukuran pasport .
• Salinan sijil kelahiran,
kad pengenalan dan lain-lain sijil yang berkaitan (Disahkan oleh Pegawai
Kerajaan atau Badan Berkanun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK /
Pengetua / Guru Besar / Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui
pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam).
c. Borang yang telah lengkap
diisi berserta dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat seperti
berikut:
Jabatan Sumber
Manusia
Ibu Pejabat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Menara Hasil,
Aras 10
Persiaran
Rimba Permai, Cyber 8,
63000
Cyberjaya, Selangor.
(u.p: Unit
Pengambilan & Penempatan)
*Permohonan Jawatan A2, B1 & B2
a. Permohonan dari calon-calon
pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf sambilan) hendaklah dibuat
melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL http://kerjaya.hasil.gov.my/eKerjaya
.
b Permohonan dari calon-calon
luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat
melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my .
c Semua permohonan tidak
perlu dicetak/di pos ke LHDNM.
Maklumat Temu Duga
a.
Nama
calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan melalui
dua kaedah iaitu:-
* Paparan di Laman Web Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”);
dan
* Melalui Surat
b. Pemohon juga dinasihatkan
sentiasa menyemak Laman Web Rasmi LHDNM untuk mengetahui sebarang perkembangan
maklumat terkini berhubung tawaran jawatan berkenaan.
Tarikh Tutup Permohonan : 12 Mei 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan