.

Isnin, 1 September 2014

Pemilihan Awal Khas Perajurit Muda Tentera Darat Tugas Khusus.

Pemilihan Awal Khas Perajurit Muda Tentera Darat Tugas Khusus.

Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Khas Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Khas Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD yang dirancang pada bulan Jan 2015. Seterusnya calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. Syarat-syarat lantikan adalah seperti berikut:-

1.         Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT):
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Prinsipal dalam Subjek Syariah/ Usuluddin/ Bahasa Arab pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus dalam Bahasa Melayu peringkat SPM.

atau

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus dalam Bahasa Melayu peringkat SPM.

atau

Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran/ Pengajian Islam yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus dalam Bahasa Melayu peringkat SPM.

2.         Kor Kesihatan Diraja:
Perubatan/Pembantu Perubatan/ Kejururawatan/ Pembantu Makmal/ Penolong Pegawai Perubatan/ Makmal Perubatan/ Teknologi Makmal Perubatan/ Juruteknologi X-Ray (Radiografi)/ Farmasi/ Pembantu Farmasi / Juruteknologi Pergigian/ Pengimejan Perubatan/ Pembantu Veterinar atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus dalam Bahasa Melayu peringkat SPM.

3.         Lain-lain Kor/Rej:
Diploma dalam bidang Kejuruteraan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus dalam Bahasa Melayu peringkat SPM.


PUSAT-PUSAT PEMILIHAN
Sila Hadir Dengan Berpakaian Kemas Di Pusat-Pusat Pemilihan Yang Tercatat Di Bawah : Masa Pendaftaran: 8.00 pagi
Tarikh
Lokasi
Pusat Pemilihan
ZON UTARA
12 Sep 14
(Jumaat)
Sungai Petani
Markas Staf Stesyen Sg. Petani
Kem Lapangan Terbang
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman
26 Sep 14
(Jumaat)
Taiping
Markas Staf Stesyen Taiping
Jalan Kemunting Lama
54000 Taiping
Perak
ZON SELATAN/TENGAH
12 Sep 14
(Jumaat)
Kluang
Batalion Ke - 2 Perubatan
Kem Mahkota
86000 Kluang
Johor Darul Takzim
25 Sep 14
(Khamis)
Kuala Lumpur
Markas 12 Briged
Kem Wardieburn
53000 Kuala Lumpur
ZON TIMUR
12 Sep 14 (Jumaat)
Kuantan
Markas Staf Stesyen Kuantan
Kem Batu 10
25990 Kuantan
Pahang
SARAWAK
21 Sep 14 (Ahad)
Kuching
MK 3 Bgd, Kem Penrissen,
93250 Kuching
Sarawak
SABAH
26 Sep 14 (Jumaat)
Kota Kinabalu
Markas Staf Stesyen Lok Kawi,
Kem Lok Kawi,
89580 Kota Kinabalu
Sabah

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:

Sel Pemilihan Perajurit Muda Tentera Darat,
Cawangan Sumber Manusia,
Markas Tentera Darat 2,
Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR

Tel: 03-2071 3807/4254/4523/4258/2197

atau

Layari Laman Web:   http://army.mod.gov.my
                            www.mod.gov.my



Tiada ulasan:

Catat Ulasan