.

Selasa, 26 Mei 2015

Iklan Jawatan Kosong Pelaburan Mara Berhad

Iklan Jawatan Kosong Pelaburan Mara Berhad

Pelaburan MARA Berhad merupakan sebuah badan berkanun, yang merupakan anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Aktiviti utama syarikat adalah dalam pengurusan strategik pelaburan dan aset, dengan pengkhususan dalam pelaburan ekuiti persendirian, pengurusan dana portfolio, unit amanah, perkhidmatan kewangan dan khidmat nasihat korporat.

Syarikat mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

Nama Jawatan
Pegawai Akaun - Ibu Pejabat Pelaburan MARA di Kuala Lumpur

Ringkasan Tugasan
Membantu menguruskan akaun syarikat, khususnya berkaitan GST, transaksi harian, laporan bulanan, audit tahunan dan percukaian.

Syarat Lantikan
•      Kelayakan Akademik : Diploma Akaun/Kewangan
•      Pengalaman Kerja : 1 -2 tahun dalam bidang berkaitan, atau Graduan baru yang berkelayakan

Kemahiran :
•      Pengalaman menyedia set akaun yang lengkap
•      Pengetahuan asas dalam industri amanah saham atau dana korporat, adalah suatu kelebihan
•      Berkebolehan menggunakan perisian komputer -Microsoft Office
•      Bersedia melakukan tugasan bersifat rutin dan boleh bekerja lewat masa

Cara Memohon :
Menerusi lamanweb Kementerian Sumber Manusia (http://www.jobsMalaysia.gov.my) atau emel terus kepada hrd@pelaburanmara.com.my

Tarikh Tutup : 29 Mei 2015


Tiada ulasan:

Catat Ulasan