Pengambilan
Terbuka sebagai Laskar Muda (Lelaki/ Wanita), Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM
Siri 213/15).
Syarat-Syarat Kelayakan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa
belia tanahair untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah
(Lain-Lain Pangkat) lelaki dan wanita di dalam pelbagai bidang kepakaran dan
cawangan.
1. Kelayakan Akademik
a.
Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan
kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan akan diberikan kepada
pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Matematik dan Sains
serta lulus Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
atau
b.
Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan
kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap
2 dalam bidang ketukangan berkaitan teknikal atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
2. Lain-Lain Kelayakan
a. Pemohon mestilah
warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat
sumpah 14 Dis 2015.
b. Sihat tubuh badan dan tidak
cacat anggota.
c. Taraf perkahwinan bujang.
d. Berat badan minima 47.5 kg
(Lelaki) 46.5 kg (Wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60
meter (Wanita), Body Mass Index (BMI) di antara 18 – 25 (Lelaki) 18 – 23
(Wanita).
e. Ukuran dada minima 76 sm
(lelaki).
f. Penglihatan hendaklah
terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak rabun warna.
g. Proses pemilihan adalah
berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan
fizikal. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.
3. Permohonan
Calon yang berminat hendaklah mengisi borang
permohonan secara online di laman sesawang www.jobmalaysia.gov.my mulai 2 hingga
26 Julai 15.
4. Tarikh tutup permohonan 26
Julai 2015.
5. Keistimewaan LLP TLDM
• Pakaian seragam percuma.
• Makan dan tempat tinggal
percuma.
• Rawatan perubatan dan
pergigian percuma.
• Waren perjalanan percuma
untuk bercuti bersama keluarga.
• Bayaran insentif bagi yang
berkhidmat di Sabah/Sarawak (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
• Bayaran Insentif
Semenanjung Malaysia (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
• Peluang mengikuti pengajian
di bawah Program Skim Pengajian Tinggi.
• Kemudahan pinjaman
perumahan, kenderaan dan komputer.
mengabdi untuk negeri, nice info, semoga bermanfaat..
BalasPadaminterview butuh tips kunjungi http://bit.ly/1M62P9b
thanks