.

Ahad, 14 Februari 2016

Iklan Jawatan Kosong (Tetap) Majlis Daerah Pasir Mas 2016

Iklan Jawatan Kosong (Tetap) Majlis Daerah Pasir Mas 2016

Jawatan yang ditawarkan:
1)     Pembantu Tadbir Gred N17
2)     Pembantu Penguatkuasa Gred N17
3)     Pemandu Kenderaan Gred H11
4)     Pembantu Awam Gred H11

Taraf Jawatan: Tetap

Cara Memohon
a.     Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDPM 1 yang boleh didapati di Majlis Daerah Pasir Mas dengan harga RM 2.00. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Pasir Mas beserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00.
b.     Satu permohonan jawatan sahaja boleh diisi menggunakan satu Borang Permohonan MDPM 1.
c.     Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi.
d.     Borang permohonan yang telah dipenuhkan hendaklah dialamatkan seperti berikut:

Yang DiPertua
Majlis Daerah Pasir Mas
Kompleks Apam Putra
Bandar Baru Pasir Mas
Lubok Jong
17070 Pasir Mas
Kelantan.

e.     Borang permohonan jawatan kini Di Buka!!!
f.     Tarikh tutup permohonan : Permohonan hendaklah sampai ke alamat di atas atau sebelum 27 FEBRUARI 2016.
g.     Borang permohonan jawatan kosong kini boleh didapati di Lobi Kaunter Pertanyaan Majlis Daerah Pasir Mas.

Setiap permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, sijil/diploma/ijazah yang berkaitan, keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan lain-lain dokumen pengesahan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon yang telah disahkan.

Muat turun iklan, sila klik DI SINI .

Catatan
1.     Permohonan yang lewat diterima atau yang tidak menurut peraturan tidak akan dilayan.
2.     Permohonan yang tidak lengkap dan memenuhi syarat akan ditolak.
3.     Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.
4.     Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan