.

Isnin, 10 April 2017

Program Bimbingan Kerjaya Berkelompok (BKB)

Program Bimbingan Kerjaya Berkelompok (BKB)

Pengenalan Program

Program ini akan dilaksanakan DUA kali pada setiap bulan (Hari Isnin) minggu pertama & akhir di Pusat JobsMalaysia Kota Bharu.

Objektif Program

Memberi maklumat /pendedahan kepada para pencari kerja/pelajar tentang teknik penyediaan resume dan panduan menghadiri temuduga.

Cadangan Tarikh :

TARIKH
HARI

TARIKH
HARI
April
17-April-2017
September
11-September-2017
26-April-2017
25-September-2017
Mei
08-Mei-2017
Oktober
09-Oktober-2017
22-Mei-2017
23-Oktober-2017
Julai
10-Julai-2017
November
06-November-2017
24-Julai-2017
20-November-2017
Ogos
14-Ogos-2017
Disember
04-Disember-2017
28-Ogos-2017
18-Disember-2017


Tentatif Program :
Masa
Aktiviti
10:00 pagi
-
Pendaftaran Peserta
10:15 pagi
-
Ceramah 'Penyediaan Resume'
11:15 pagi
-
Rehat/ Minuman Ringan
11:30 pagi
-
Ceramah 'Panduan Temuduga'
12:30 t.hari
-
Bersurai

Tempat :

Pusat JobsMalaysia (JMC) Kelantan
Tingkat 3, Bangunan UTC Kelantan,
Jalan Hamzah
15050 Kota Bharu

Sasaran Peserta

Peserta yang akan terlibat/dijemput untuk menghadiri program ini adalah di kalangan pelajar-pelajar IPT/Kolej/sekolah dan juga pencari kerja yang berdaftar secara manual di Pusat JobsMalaysia Kota Bharu. Selain itu pihak JMC Kota Bharu juga akan membuat hebahan program melalui blogspot JMC dan pencari kerja yang berminat untuk mendengar sesi taklimat ini boleh mengisi borang penyertaan yang disediakan.

Bilangan Peserta

Anggaran bilangan peserta untuk setiap kali program diadakan adalah 15 – 20 orang. Tempat adalah terhad. ‘First come first serve’

Kandungan Program
A.        Penyediaan Resume

i.
Kegunaan Resume
ii.
Resume Vs CV
iii.
Kandungan Resume
iv.
Ciri-Ciri Resume Berjaya
v.
Surat Iringan
vi.
Kesilapan Yang Biasa Ditemui Dalam Resume
vii.
Praktikal Pembinaan Resume

B.        Tatacara Temuduga

i.
Tatacara Semasa Temuduga
ii.
Soalan Yang Biasa Ditanya
iii.
Rancang Perjalanan
iv.
Dandanan/ Pakaian
v.
Asas Pemilihan Calon
vi.
Mengapa Gagal Temuduga

Calon yang ingin menyertai Program ini sila hubungi Pusat JobsMalaysia (JMC) Kelantan di jmckotabharu@mohr.gov.my atau telefon 09-7419878 (Puan Rosilawati).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan