Jawatan Kosong Pembantu Am ( Kebersihan )
Majikan : Kolej Teknologi Darulnaim
Alamat : Jalan Padang Golf, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan
Telefon : 09-7741200, 09-7747200
Email :
Jawatan : Pembantu Am ( Kebersihan )
Kekosongan : L = 0, P = 0, L/P =1
Kelayakan : Tamat Darjah 6 / SRP / PMR
Gaji : Boleh Dirunding
Gaji : Boleh Dirunding
Keterangan :
• Warganegara Malaysia sahaja
• Sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan akademik Tamat Darjah 6/Sijil Rendah Pelajaran (SRP) /Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Sijil Penilaian Menengah (SPM) atau kelayakan lain yang bersesuaian
• Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik
• Kemas dan boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik.
Bidang Tugas dan Tanggungjawab utama :
• Memastikan tahap kebersihan seperti tandas, ruang pejabat, bilik mesyuarat, pantry, bilik seminar termasuk ruang koridor dan tingkap di dalam dan di luar bangunan sentiasa bersih
• Memastikan penyusunan kerusi dan meja yang teratur dan kemas di bilik seminar sebelum dan selepas sesi tutorial termasuk kebersihan papan putih
• Memastikan lanskap pokok dan pokok bunga dijaga dengan baik
• Membantu di dalam kerja-kerja penyelenggaraan kecil yang mudah dan tidak membahayakan serta tidak memerlukan kepakaran seperti pembersihan penapis penyaman udara dan lain-lain yang difikir bersesuaian
• Membantu menyediakan makanan dan minuman dan makanan untuk tetamu dan mesyuarat
• Membantu melaksanakan tugas salinan fotokopi (photostat) dan mencarik (shredding) kertas serta dokumen yang tidak digunakan
• Membantu perjalan operasi sekiranya diperlukan dan lain-lain tugas yang berkaitan yang diarahkan dari masa ke semasa
# Calon yang berminat diminta menghantar biodata/butiran peribadi (CV) lengkap beserta nombor telefon, salinan kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran passport sebelum 25 Mei 2017 ke alamat di atas.
# Tarikh Tutup : 25 Mei 2017
" kerja adalah ibadah "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan