.

Ahad, 16 Oktober 2011

Jawatan Kosong Di LPNM

Jawatan Kosong Di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah merupakan sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah dipelawa untuk berkhidmat di LPNM bagi mengisi jawatan-jawatan seperti berikut ::-

1. Pegawai Ehwal Ekonomi E48 (4 Kekosongan)
2. Pegawai Ehwal Ekonomi E41 (9 Kekosongan)
3. Pegawai Ehwal Ekonomi E41 (1 Kekosongan)
4. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E27 (2 Kekosongan)
5. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17 (1 Kekosongan)
6. Pembantu Tadbir (P/O) N17 (1 Kekosongan)
7. Pemandu Kenderaan R3 (6 Kekosongan)
8. Pekerja Awam R1 (2 Kekosongan)

Cara Permohonan

1.         Bagi pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon  jawatan  seperti  di atas, borang permohonan dan syarat-syarat lantikan boleh dimuat turun melalui laman web LPNM http://www.mpib.gov.my
2.         Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat.
3.         Sila gunakan borang dengan menyertakan salinan sijil  secara berasingan sekiranya memohon lebih dari satu jawatan.
4.         Borang permohonan yang lengkap berserta  salinan sijil yang telah disahkan  hendaklah disusun mengikut turutan seperti berikut :

i)          Salinan Sijil Kelahiran
ii)         Salinan Kad Pengenalan
iii)        Salinan Lesen Memandu
iv)       Salinan Sijil Berhenti Sekolah
v)        Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip  – Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR
vi)       Surat sokongan/kebenaran
vii)      Sijil-sijil penghargaan (mengikut tahun terkini)
viii)     Sijil-sijil penyertaan (mengikut tahun terkini)

5.         Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat dibawah sebelum atau pada 18 Oktober 2011 ;

Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Wisma Nanas,
No.5, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
 (U/p : Bahagian Khidmat Pengurusan Unit Perjawatan)


Tarikh Tutup Permohonan: 18 Oktober 2011


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan