Jawatan Kosong Di Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) ingin mempelawa warganegara Malaysia khususnya sekitar Lembah Klang yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pegawai Sambilan Harian (PSH) di Planetarium Negara. Maklumat lanjut sila rujuk butiran di bawah :
1. Juruteknik (J17)
2. Pembantu Galeri (S27)
Cara Memohon
a) Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh didapati di laman sesawang ANGKASA http://www.angkasa.gov.my/planetarium atau boleh didapati di Pejabat Planetarium Negara Kuala Lumpur.
b) Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR.
c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, salinan sijil-sijil keputusan peperiksaan dan salinan sijil tamat persekolahan yang DISAHKAN.
d) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat di bawah:
Pengarah
Planetarium Negara
53 Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur
(u/p: Puan Nur Fazilah bt Mohamad Hanafiah)
Tarikh Tutup Permohonan: 18 Oktober 2011
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan