.

Ahad, 16 Oktober 2011

Temuduga Terbuka Di JMC Cyberjaya

Temuduga Terbuka Anjuran Pusat Jobsmalaysia Cyberjaya

Tarikh : 20/10/2011 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Pusat JobsMalaysia Cyberjaya, Unit W001, Tkt. Bawah, Blok 3440,Enterprise Building 1 (EB 1), Jalan Teknokrat 3, 63000 Cyberjaya, Selangor D/E ( Berhadapan HSBC)

GPS Koordinat ' 2.92332,101.655872 '
Telefon : 03- 83202713/4/5

Maju Expressway Sdn Bhd (Mex)

1) Penyelia Tol – 2 Kekosongan (Cyberjaya/Putrajaya)
  • Menyelia dan mengawas kerja serta kutipan wang oleh Jurutol.
  • Menyelia pengurusan lorong tol secara efektif melalui penggunaan tenaga kerja yang optimum.
  • Memastikan kutipan tol bertepatan dengan data dan rekod sedia ada.
  • Diploma / SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Minima 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan bagi kelulusan SPM.
  • Boleh bekerja secara syif.
  • Umur tidak melebihi 35 tahun.
2) Jurutol–20 Kekosongan (Salak South, Cheras/ Kl & Cyberjaya/Putrajaya)
  • Mengutip tol dan memastikan jumlah kutipan adalah sama dengan jumlah transaksi.
  • Menyerahkan wang apungan dan kutipan tol kepada Penyelia ketika syif tamat.
  • Memastikan butiran transaksi adalah tepat mengikut panduan operasi yang telah ditetapkan.
  • Melaporkan kepada Penyelia Tol sebarang kejadian luar biasa dan kerosakan peralatan pondok tol.
  • Minima SPM dan umur di antara 18-30 tahun.
  • Boleh bekerja secara syif.
3) Peronda Lebuhraya – 5 Kekosongan (Cyberjaya/Putrajaya)
  • Membuat rondaan di sepanjang lebuhraya dan melaporkan keadaan trafik, harta benda, kerosakan, kemalangan dan kecemasan.
  • Membantu Penyelia Trafik menguruskan trafik lebuhraya serta berhubung dengan pihak polis dan jabatan kerajaan berkaitan.
  • Mengumpul dan menyerahkan laporan serta aduan kepada Penyelia Trafik.
  • Minima SPM dan dua (2) tahun pengalaman sebagai pemandu dan mempunyai pengetahuan asas dalam penyelenggaraan kenderaan.
  • Memiliki lesen memandu kelas B, D dan lessen GDL yang sah.
  • Umur tidak melebihi 30 tahun dan boleh bekerja secara syif.
4) Pekerja Am - 2 Kekosongan (Cyberjaya/Putrajaya)
  • Terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan lebuhraya.
  • Menyelenggara dan memastikan mesin dan peralatan lebuhraya berada dalam keadaan sempurna.
  • Minimum PMR / SPM
  • Memiliki lesen memandu adalah satu kelebihan.
5) Juruteknik (Mekanikal & Elektrikal - M&E)–2 Kekosongan (Cyberjaya/Putrajaya)
  • To conduct in-house - troubleshoot and repair electronic board.
  • To study, design for enhancement of electronic and M&E.
  • Diploma / Certificate in Electrical or Electronic.
6) Departmental Assistant (Bahagian Kejuruteraan)–2 Kekosongan(Cyberjaya/Putrajaya)
  • To assist department to complete reporting such as Malaysia Highway Authority (MHA) report.
  • To monitor service report and key-in to the database.
  • Serving department such as photocopy, binding and etc.
  • Diploma/Certificate/STPM/SPM.
  • Gaji pokok RM750- RM1500
  • Pekerjaan Tetap
  • Elaun Syif dan Dobi
  • Rawatan Kesihatan percuma
  • Kerja lebih masa
  • Skim insurans
  • Pengangkutan disediakan
  • Makan tengahari disediakan
Dijemput hadir. Sila bawa resume dan berpakaian kemas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan