Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-
PEMANDU LOKOMOTIF RENDAH (GRED: A09G12)
KELAYAKAN
- Lulus Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
- Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan (bagi calon luar) atau kakitangan yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad berumur tidak melebihi 30 tahun;
- Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik;
- Penglihatan V 6/6 kedua-dua mata tanpa cermin mata dan tidak buta warna;
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik;
- Sedia ditempatkan bertukar ke mana-mana lokasi dirangkaian KTMB;
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi dan salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut:-
PENGURUS BESAR
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIAIbu Pejabat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 8 Mac 2010 (Isnin)
" SERIBU LANGKAH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan