.

Selasa, 27 November 2012

Temuduga Terbuka Carotino Sdn Bhd Di JMC Kota Bharu

Temuduga Terbuka Carotino Sdn Bhd Di JMC Kota Bharu


Tarikh
:
27, 28 & 29 November 2012 (Selasa – Khamis)
Masa
:
9:00 pagi hingga 4:00 petang (Selasa & Rabu)
9:00 pagi hingga 3:00 petang (Khamis)

Tempat
:
Pusat JobsMalaysia (JMC) Kelantan
Tingkat Bawah, Wisma PERKESO,
PT 304 – 307, Jalan Kota Darul Naim,
15150 Kota Bharu



Ada sebarang pertanyaan sila telefon : 013-7474848 (En Rizal)

Carotino Sdn Bhd (69046-T)
PLO 519, Jalan Besi 1,
81700 Pasir Gudang,
Johor

Phone:          07-252 2888 Ext: 116   
Fax:             07-252 2999
Email:           norjastina@carotino.com     
Website:       www.carotino.com


Jawatan 1               : Operator Loji (Plant Operator)

Kelayakan/ Kemahiran/ Pengalaman         :

SRP/ PMR atau SPM 

Tugas-tugas  dan tanggungjawab pekerjaan:

•      Mengendalikan  operasi loji semasa shift bekerja dengan selamat dan efektif.
•      Mematuhi segala peraturan  semasa permulaan atau penutupan operasi
•      Mengoptimumkan utility dan penggunaan kuasa.
•      Membimbing pelatih dan operator di dalam proses pembelajaran mereka.
•      Menjalankan tugas-tugas lain yang diberikan oleh ketua dari masa ke semasa.
•      Mematuhi disiplin kilang
•      Memastikan semua kerja yang dijalankan mematuhi Skop Manual Kualiti.
•      Mengekalkan kebersihan di tempat bekerja masing-masing
•      Mengelakkan pembaziran oleh tumpahan bahan mentah atau produk.

Gaji & Elaun
Gaji Pokok :
RM900.00
Elaun Kedatangan :
RM 50.00
Elaun Malam :
RM 5.00
Elaun Kupon Makan :
RM 40.00
Rumah & Transport Disediakan

Bagi Yang Duduk di Rumah Sendiri dan ada Transport Sendiri :-
Bujang (Transport + Rumah)
RM110.00
Berkahwin (Transport + Rumah)

RM140.00
Selepas confirm bekerja ikut prestasi kerja tambah RM50.00 pada gaji asas



Jawatan 2               : Jurupenyelenggara (Maintainence Fitter)

Kelayakan/ Kemahiran/ Pengalaman :

SPM dengan 2 tahun pengalaman   

Tugas-tugas  dan tanggungjawab pekerjaan:

•      Melaksanakan kerja-kerja penyelengaraan umum mengikut kerja yang diarahkan oleh ketua.
•      Menjalankan kerja-kerja pemasangan fabrikasi dan mekanikal.
•      Bertanggungjawab di dalam membaiki dan menyelengara  dandang, jentera dan penyaman udara, kabel, chiller dan sebagainya.
•      Menyimpan rekaod kerja-kerja pembaikan semua jentera
•      Menjalankan pemeriksaan rutin terhadap pelincir peralatan mesin.
•      Menjalankan aktiviti penyelengaraan umum blok pejabat
•      Mengekalkan kebersihan dan disiplin yang baik.
•      Memastikan bahawa  semua kerja yang dijalankan mengikut langkah-langkah keselamatan dan mengikut skop kualiti manual.
•      Melaksanakan pemeriksaan dan penyimpanan rekod bacaan meter air, bacaan meter aliran stim dan meter peralatan lain.
•      Menetapkan parameter bagi penyelengaraan bekerja.
•      Melaksanakan kerja-kerja lain seperti yang diarahkan oleh ketua dari masa ke semasa.

Jawatan 3               : Juruelektrik (Electrician)

Kelayakan/ Kemahiran/ Pengalaman :

Sijil dalam bidang Elektrik dengan 3 tahun pengalaman

Tugas-tugas  dan tanggungjawab pekerjaan:

1.     Melaksanakan penyelengaraan pembaikan instrument dan peralatan elektrik.
2.     Menjalankan penyelengaraan pencegahan, pembaikan dan menguji peralatan elektrik.
3.     Bertangungjawab untuk penyelengaraan dan pembersihan papan panel suis motor, elemen pemanas dan sebaginya.
4.     Memastikan bahawa semua kerja dapat dijalankan dengan mengikuti langkah-langkah keselamatan yang sesuai mengikut Skop Kualiti Manual.
5.     Mengekalkan kebersihan dan disiplin yang baik.
6.     Menyediakan rekod harian berkenaan dengan penggunaan tenaga elektrik.
7.     Menyimpan semua rekod jentera dan kerja-kerja pembaikan.
8.     Memastikan peralatan elektrik berfungsi dengan selamat dan memperbaiki peralatan yang rosak.
9.     Melaksanakan tugas-tugas lain sebagaiman yang diberikan oleh Ketua dari masa ke samasa.


Kemudahan Yang Disediakan

-      Tempat tinggal
-      Pengangkutan ke tempat kerja
-      Elaun Makan di Kantin
-      Uniform


#       Calon yang berminat sila hadirkan diri ke temuduga terbuka pada 27, 28 & 29 November 2012 (Selasa – Khamis), waktu 9:00 pagi hingga 4:00 petang di Pusat JobsMalaysia (JMC) Kelantan, Tingkat Bawah, Wisma PERKESO, PT 304 – 307, Jalan Kota Darul Naim, 15150 Kota Bharu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan