.

Selasa, 18 Disember 2012

Iklan Jawatan Kosong Di PERKESO

Iklan Jawatan Kosong Di PERKESO

PERKESO ditubuhkan pada 1971 bagi menguatkuasa, mentadbir dan melaksana Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan–Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Perlindungan yang disediakan oleh PERKESO termasuklah rawatan perubatan, pembayaran faedah hilang upaya sementara dan kekal serta pemulihan melalui 46 buah cawangan di seluruh negara. PERKESO memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan dengan memberikan maklumat yang tepat dan cepat serta sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan pekerja dan majikan. Sejajar dengan rancangan pengembangan PERKESO kami menjemput mereka yang berminat untuk menyertai kami sebagai:-

1.     Pegawai Penyelidik               Gred 24 (Ekuiti)
2.     Pegawai Undang-Undang       Gred 23
3.     Jurutera                             Gred 23
4.     Setiausaha Pejabat              Gred 19


Cara Memohon:

1.     Pemohon dikehendaki mengisi Borang PKS (T) 70 yang boleh didapati dari mana-mana cawangan PERKESO di seluruh negara ataupun melayari laman Web PERKESO di www.perkeso.gov.my untuk memuat turun borang permohonan.

2.     Permohonan daripada penjawat awam/Badan Berkanun hendaklah mengemukakan salinan rekod perkhidmatan dan laporan prestasi tahunan yang dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan pengesahan majikan (testimonial) bagi permohonan dari sektor swasta.

3.     Permohonan hendaklah dihantar melalui pos dengan menyertakan butir-butir peribadi (resume), salinan kelayakan akademik dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan, gaji terkini berserta salinan slip gaji yang disahkan dan gambar berukuran pasport ke alamat di bawah sebelum atau pada 28 DISEMBER 2012.


Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Menara PERKESO
Tingkat 10, Bahagian Sumber Manusia
281, Jalan Ampang,
50538 Kuala Lumpur

Catatan Am:

1.     Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
2.     Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh PERKESO bagi permohonan yang tidak berjaya.
3.     Sebarang permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat akan ditolak dan dianggap tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 28 Disember 2012



Tiada ulasan:

Catat Ulasan