Peluang
Kerjaya di Pusat Rehabilitasi PERKESO Melaka
Pusat Rehabilitasi PERKESO adalah sebahagian
daripada kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan ianya dibina
dengan motif yang murni; iaitu untuk membantu orang berinsurans PERKESO atau pun
pekerja untuk menjalani proses pemulihan secara fizikal dan vokasional sehingga
kembali ke alam pekerjaan. Usaha murni ini direalisasikan melalui penubuhan
pusat ini dengan misi untuk menjadi sebuah pusat rehabilitasi yang cemerlang
dan bertaraf dunia.
Warganegara Malaysia yang berkelayakan,
dinamik, kompeten, inovatif dan memiliki semangat kerja berpasukan serta ingin
memulakan satu kerjaya di suasana yang baru dan berdaya saing adalah dijemput untuk
menyertai kami sebagai :
Jawatan
• Pengarah Pusat
Rehabilitasi
• Timbalan
Pengarah
• Pegawai
Perubatan
• Pegawai
Psikologi
• Pengurus Kes
• Akauntan
• Pegawai
Pengurusan
• Pembantu
Perubatan
• Jururawat
• Pegawai
Jurupulih Kerja
• Pegawai
Jurupulih Anggota
• Dietetik
• Optometris
|
• Audiologis
• Ahli Pertuturan
• Pegawai
Teknologi Maklumat
• Pegawai Pelatih
Kemahiran
• Penolong
Akauntan
• Pegawai
Eksekutif
• Pegawai Kerani
• Warden
• Pembantu
Akauntan
• Pegawai
Pembantu Khidmat Pelanggan
• Penolong
Jurupulih
• Pemandu
• Pembantu Am
Pejabat
|
Permohonan:
• Senarai kekosongan jawatan
adalah untuk lantikan perkhidmatan secara kontrak bagi tempoh percubaan selama
dua (2) tahun.
• Calon-calon yang disenarai
pendek akan dihubungi untuk melengkapkan Ujian Psikologi secara atas talian (on
line) dan hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk
proses temuduga.
• Tarikh tutup permohonan
adalah pada 11 Oktober 2013.
• Pemohon yang tidak menerima
sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap
permohonan mereka tidak berjaya.
• Sila kemukakan pemohonan
SECARA ATAS TALIAN (ON LINE) melalui Laman Sesawang http://rehab.perkeso.gov.my dengan
merujuk syarat-syarat kelayakan seperti pada ruang iklan kekosongan jawatan di
laman berkenaan.
Pengemaskinian jawatan baru dapat disemak pada
portal permohonan.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 Oktober 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan