.

Isnin, 3 November 2014

1Malaysia Skills Training And Enhancement For The Rakyat (1Master) Dual-NDTS

1Malaysia Skills Training And Enhancement For The Rakyat (1Master) Dual-NDTS

Kerajaan telah memperkenalkan Program 1Malaysia Skills Training And Enhancement For The Rakyat (1Master) Dual-NDTS Dual-National Dual Training System (NDTS) dibawah Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) pada Mac 2014. Program ini dirumus bagi mengoptimumkan penggunaan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) dan memaksimumkan penglibatan industri dalam membangunkan tenaga mahir negara. Program 1MASTER Dual-NDTS adalah program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diadun semula bagi memberi peluang pekerja sedia ada meningkatkan kemahiran mereka. Tempoh program ini adalah satu (1) hingga tiga (3) bulan.

Bagi mempromosikan program ini, tiga (3) video promosi telah dimuatnaik ke Youtube. Ketiga-tiga video ini boleh dilawati melalui Youtube dan Portal Rasmi Jabatan Pembangunan Kemahiran (http://www.dsd.gov.my/).


Kementerian Sumber Manusia adalah agensi penyelaras dalam melaksanakan program ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan