.

Isnin, 3 November 2014

Iklan Jawatan Kosong KADA

Iklan Jawatan Kosong KADA

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :-

Bil
Jawatan
Gred
Bil kekosongan
1.
Jurutera (Elektrik)
J41
1
2.
Pegawai Ehwal Ekonomi
E41
1
3.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
N17
2
4.
Pegawai Khidmat Pelanggan
N17
1
5
Penjaga Jentera Elektrik
J17
1
6.
Pembantu Kemahiran
H17
12
7.
Pemandu Kenderaan
H11
3




Cara Mengemukakan Permohonan

a)     Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang LKPK 1. Borang permohonan boleh diperolehi dengan memuat turun daripada laman web www.kada.gov.my.
(b)    Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar dan disertakan bersama-sama dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil lain berkaitan yang telah disahkan sebelum atau pada 16 November 2014 (Ahad). Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
 (c)   Semua permohonan hendaklah ditulis jawatan yang dipohon disebelah kiri bahagian atas sampul surat permohonan dan hendaklah dihantar ke alamat :-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
Peti Surat 127
Jalan Datuk Lundang
15710 Kota Bharu, Kelantan
(UP: Pengarah Bahagian Pengurusan)

(d)    Permohonan yang berikut akan ditolak :-

i)      Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan;
ii)     Tidak Lengkap dan tidak jelas ;
iii)     Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan ;
iv)    Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan/Pengarah Bahagian/ Ketua Unit bagi pegawai yang sedang berkhidmat;
(v)    Tidak ditandatangani.

(e)    Tarikh Tutup Permohonan : 16 November 2014 (Ahad)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan