JTK Lancar Ops Patuh
KOTA BHARU 16 Julai- Jabatan Tenaga Kerja (JTK) melancarkan Ops Patuh 2 di sekitar bandar ini dan Kuala Krai bermula pukul 9.30 pagi ini.
Melalui operasi tersebut jabatan itu telah memeriksa sebanyak 12 buah premis di dua buah bandar berkenaan.
Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Rosli Omar berkata, hasil pemeriksaan tersebut pihaknya mendapati premis terbabit telah melakukan enam kesalahan.
"Terdapat beberapa kesalahan yang di lakukan oleh majikan premis selepas diperiksa, salah satunya tidak melaporkan pekerja kepada JTK.
"Jika majikan yang melakukan kesalahan berkaitan dengan pekerja, mereka akan di denda tidak melebihi RM10,000," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JTK Kelantan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan